Isnin, 17 Ogos 2015

Forum Hal Ehwal Islam Bersama PU Azman di Kampung Jimah Lama

15 Ogos 2015, Port Dickson : Satu Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah diadakan bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Jimah Lama, Port Dickson. Program ini telah berlangsung mulai jam 9.00 malam. 

Program Forum ini menampilkan YBhg Ustaz Shukri yang bertindak selaku Moderator, manakala Ahli Panel dibarisi oleh YBhg Ustaz Azman (Pencetus Ummah) dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Program ini berlangsung selama dua jam dengan tajuk yang dibincangkan adalah berkisar tentang "Kemenangan Ramadhan Di Ambang Kemerdekaan". Pelbagai persoalan telah dikupas dan digarap dengan meluas oleh ahli-ahli panel.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: