Ahad, 2 Ogos 2015
Debat Ala Parlimen Malaysia di Politeknik Kuantan, Pahang
3 Ogos 2015, Kuantan : Satu Pertandingan Debat Ala Parlimen Malaysia telah diadakan bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (PSAS), Kuantan. Pertandingan ini telah disertai oleh kira-kira 22 pasukan mewakili Politeknik-Politeknik dari seluruh negara.
Pertandingan ini telah diurus-selia oleh Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) di mana Sdr Norhalis telah bertindak selaku Ketua Hakim di dalam pertandingan ini. Pertandingan edisi kali ini menyaksikan Politeknik Kota Kinabalu telah dinobatkan sebagai Johan menumpaskan pasukan Politeknik Shah Alam di pertandingan akhir.
Tahniah buat semua yang terlibat di dalam pertandingan ini. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan, manakala kepada yang gagal, jangan kecewa, cuba lagi di lain masa...
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan