Isnin, 11 Januari 2016

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Felda Pasoh 1


1 Januari 2016, Jempol : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Ubudiah, Felda Pasoh 1, Jempol. Program ini telah berlangsung mulai selepas Maghrib sehingga ke jam 9.30 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rasulullah SAW : Ikon Sepanjang Zaman".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: