Isnin, 11 Januari 2016

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" Untuk SAINS


7 Januari 2016, Seremban : Satu Ceramah Motivasi Pembangunan Modal Insan telah dianjurkan oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Program ini telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan termasuk pembaca meter (meter reader) SAINS). Program ceramah ini telah diadakan bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: