Isnin, 18 Januari 2016

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Surau Kampung Gemetir, Kuala Pilah


16 Januari 2016, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Kampung Gemetir, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai selepas Solat Maghrib hingga ke jam 9.30 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Nabi Muhammad SAW Manusia Terhebat Seluruh Alam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: