Isnin, 22 Februari 2016

Ceramah Maulidur Rasul di Surau Kg Jiboi Baru, Ampangan


17 Februari 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Kg. Jiboi Baru, Ampangan, Seremban. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (Woman Institution). Program ini telah berlangsung mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Mensyukuri Nikmat Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: