Isnin, 15 Februari 2016

Ceramah Motivasi Pelajar CHAMPION di STAN, Seremban


5 FEBRUARI 2016, SEREMBAN : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah (STAN) Seremban. Ceramah ini diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 1 dan 2 sekolah berkenaan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Motivasi Pelajar CHAMPION : Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: