Isnin, 15 Februari 2016

Kelas Bimbingan Debat Untuk Finalis IKON Siarawan di IPPTAR Angkasapuri, RTM, Kuala Lumpur


14 Februari 2016, Kuala Lumpur : Satu Program Kelas Bimbingan Debat dan Pengucapan Awam telah diadakan bertempat di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri, Kuala Lumpur. Program ini diadakan khusus buat 14 orang peserta finalis Rancangan Realiti TV "IKON SIARAWAN".

Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 6.00 petang. Tenaga Pengajar yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah memberikan tunjuk ajar berkaitan Debat, Pidato dan Pengucapan Awam serta memberikan tugasan praktikal penyampaian dan juga serba sedikit berkaitan teknikal asas perdebatan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: