Selasa, 25 November 2008

Kemelut Wanita UMNO Di Mana Kesudahannya - Oleh Addey

Kemelut Wanita UMNO. Dimana Kesudahannya? - Oleh Addey

Sejak pengumuman pilihan raya umum yang lalu, pelbagai fenomena politik mewarnai lapangan politik negara. Bermula dengan propaganda defacto PKR yang kini ketua pembangkang untuk mewujudkan kerajaan menjelang 16 september yang lalu hinggalah pergolakkan parti-parti politik yang berlarutan ibarat tiada penyelesaiannya. Antaranya adalah campur tangan sultan dalam pemilihan menteri besar, kemelut pemilihan pucuk pimpinan di dalam MCA, proses peralihan kuasa perdana menteri hinggalah yang terkini berkenaan dengan proses pemilihan ketua wanita UMNO.

Jawatan ketua wanita UMNO dilihat sebagai antara jawatan yang paling penting di dalam UMNO. Ini kerana ia merupakan sayap kanan di dalam UMNO dan siapa saja yang bakal terpilih untuk menerajui pergerakan itu bakal menentukan hala tuju pergerakan tersebut sekaligus memberikan kesan langsung kepada UMNO. Lebih-lebih lagi ketika UMNO di katakan berhadapan dengan kemelut kemerosotan dan sokongan daripada rakyat, sudah tentu keputusan tentang siapa yang bakal menerajui pergerakan tersebut bakal memberi kesan kepada pola pengundian dikalangan pengundi wanita di Negara ini.

Terkini, jawatan tersebut kini menjadi rebutan dua individu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz yang kini merupakan ketua pergerakan tersebut dan juga pembantunya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Sebelum pemilihan peringkat bahagian dijalankan, di war-warkan bahawa Rafidah telah bersetuju untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada pembantunya Shahrizat tetapi selepas proses pemilihan peringkat bahagian berakhir Shahrizat telah membuat pengumuman untuk bertanding jawatan tersebut menentang ketuanya Rafidah Aziz. Adakah ini menunjukkan penentangan dilakukan Shahrizat kepada ketuanya sedangkan ketuanya itu sudah menunjukkan kesediaan untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada beliau? Bukankah sebelum ini beliau sendiri telah bersetuju dengan pelan peralihan yang telah dicadangkan pada 4 Ogos lalu dihadapan Perdana Menteri? Atau adakah beliau sudah tidak sabar untuk menerajui pergerakan tersebut seterusnya melakukan perubahan untuk mengembalikan keyakinan pengundi wanita di negara ini?

Namun, mungkin juga keputusan ini diambil oleh beliau setelah menyedari terdapat sokongan dari peringkat bahagian akar umbi yang mahukan beliau segera menerajui pergerakan tersebut. Sebelum ini mungkin beliau bersetuju dengan peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Rafidah kerana beliau sendiri tidak pasti akan mendapat sokongan peringkat bahagian seperti mana sokongan yang diraih beliau sepanjang pemilihan baru-baru ini? Ataupun beliau sendiri terpaksa dalam rela memandangkan ketuanya itulah yang telah mengasuhnya selama ini?

Beliau dilihat lebih dekat dengan nawaitu pergerakan tersebut memandangkan pengalaman dan sumbangan beliau di dalam Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (1999-Timbalan Menteri,2004-Menteri Penuh dan kini Penasihat Khas). Beliau juga mempunyai banyak pengalaman di dalam arena politik yang memungkinkan beliau antara calon terbaik bagi menggantikan Rafidah. Perjalanan politik beliau di dalam arena politik bermula sejak 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Seterusnya bermula 1987 beliau telah diberi tanggungjawab menjawat beberapa jawatan penting di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Seterusnya kareer politik beliau mula mendapat perhatian apabila beliau dipilih menjadi calon untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai seterusnya memenangi pilihanraya tersebut pada tahun 1999. Dengan kemenangan itu beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Walaupun beliau merupakan antara calon yang terbaik mengggantikan Rafidah namun ada segelintir ahli wanita UMNO yang merasakan beliau belum lagi cukup bersedia untuk menggantikan Rafidah menerajui pergerakan Wanita UMNO. Ini berikutan kekalahan beliau di kawasan parlimen beliau sendiri iaitu di Kawasan Parlimen Lembah Pantai kepada Nur Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat. Pada pilihanraya tersebut beliau hanya mendapat 18833 undi berbanding Nurul Izzah yang meraih 21728 undi. Kekalahan itu juga boleh dikatakan antara kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku memandangkan Nur Izzah bolehlah dikatakan baru ‘setahun jagung’ di dalam arena politik. Lebih-lebih lagi sebelum pertandingan satu lawan satu tersebut, Shahrizat ada membuat pernyataan bahawa beliau mengganggap bahawa ‘Nur Izzah adalah seperti anaknya sendiri’. Tidak diketahui apakah maksud sebenar beliau di atas pernyataan tersebut namun dari tafsiran ramai sudah tentu ramai berangapan beliau merendah-rendahkan kemampuan Nur Izzah.

Berbeza dengan pembantunya, ketua pergerakan tersebut, Rafidah dilihat lebih berpengalaman mengharungi asam garam politik tanah air. Walaupun beliau tidak mendapat tempat di dalam kabinet Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi namun pengalaman luas politik beliau cukup membuktikan bahawa beliau merupakan lawan yang sewajarnya digeruni. Perjalanan kareer politik anak kelahiran Perak ini bermula apabila beliau dipilih sebagai Wakil Rakyat setelah memenangi Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum1978. Seterusnya beliau telah bertanding pula di Parlimen Kuala Kangsar pada pemilihan yang seterusnya. Kemudian, pada 20 Mei 1987 beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan memegang portfolio tersebut selama lebih 10 tahun iaitu sehingga 2008 apabila nama beliau digugurkan oleh Jemaah Kabinat Abdullah Ahmad Badawi walaupun beliau menang besar di parlimen Kuala Kangsar. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau telah berjaya menjadikan Malaysia antara negara pilihan para pelabur asing. Malahan beliau juga merupakan antara individu yang telah membantu Tun Mahathir membawa Malaysia keluar daripada kegawatan yang melanda negara pada tahun 1997-1994. Di dalam UMNO, beliau juga mempunyai rekod yang baik di dalam Pergerakan Wanita. Beliau telah menerajui pergerakan tersebut sejak 1984 sehingga tahun 1996 apabila pada ketika itu beliau tewas kepada Dato Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman. Namun, wanita yang mendapat gelaran ‘wanita besi’ ini berjaya merampas kembali jawatan tersebut pada tahun 2000 menewaskan Dr Siti Zaharah dan memegang jawatan tersebut sehingga kini. Shahrizat juga merupakan anak didik beliau dan kerana itulah keputusan Shahrizat mencabar beliau dalam proses pemilihan Mac depan dilihat seperti tindakan ‘kacang lupakan kulit’.

Terdapat banyak ‘cakap-cakap’ mengenai perebutan jawatan antara dua individu ini. Namun apa pun persepsi dan juga kritikan yang dilontarkan, setiap ahli wanita yang berjumlah lebih kurang 1.3 juta ahli di seluruh negara perlu membuat penilaian secara rasional. Ini kerana pertembungan yang melampau akan mewujudkan percaturan politik yang tidak sihat di dalam pergerakan tersebut. Mereka yang ada diluar pula sudah tentu akan melihat Pergerakan Wanita sebagai tidak matang dalam membuat keputusan walaupun kebanyakkan ahlinya sudah berstatus ‘mak cik-mak cik’ Untuk rekod, pertembungan dan perebutan jawatan nombor satu dalam Pergerakan Wanita UMNO ini bukanlah sesuatu yang baru. Perebutan ini sebenarnya mengulangi sejarah apabila Tan Sri Aishah Ghani telah berjaya menewaskaskan Tun Fatimah Hashim pada tahun 1972. 10 tahun kemudian, Tan Sri Aishah Ghani telah dicabar pula oleh Tan Sri Zaleha Ismail dan beliau telah berjaya mempertahankan jawatan tersebut. Seterusnya apabila Aishah mengudur diri dan tempatnya digantikan oleh Rafidah, berlaku sekali lagi persaingan dalam merebut jawatan ketua pergerakan tersebut di antara Zaleha dan Rafidah dan akhirnya Zaleha tewas buat kali kedua. Namun, kejutan berlaku apabila jawatan tersebut berjaya dirampas oleh Datuk Seri Zaharah Sulaiman namun jawatan itu kembali pada Rafidah pada sesi pemilihan yang seterusnya.

Pertembungan ini jika dilihat secara politik merupakan satu proses demokrasi yang subur. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa Pergerakan Wanita UMNO memberikan hak yang sama rata kepada ahlinya untuk bertanding. Ia secara tidak langsung juga menafikan proses peralihan yang bersifat ‘perwarisan’ di dalam UMNO yang mana tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Namun, pertembungan ini mula dilihat kronik apabila berlakunya perang SMS diantara kem Rafidah dan Shahrizat sejak sebulan yang lalu. SMS yang kebanyakan bernada amaran dan peringatan ini secara langsung menggambarkan betapa parahnya krisis yang melanda sayap kanan UMNO itu. Jika sebarang keputusan untuk mententeramkan keadaan ini tidak dilakukan, kemungkinan akan berlaku perpecahan dikalangan pergerakan tersebut dan akhirnya menjejaskan imej UMNO secara keseluruhannya. Sewajarnya sebarang keputusan yang bakal diambil haruslah bijak ibarat ‘menarik benang di dalam tepung’. Jasa Rafidah tidak dilupakan dan juga hak Shahrizat tidak dinafikan. Peralihan yang lancar, tersusun dan teratur sepatutnya merupakan pendekatan dan mekanisme yang paling mujarab dalam mengatasi kemelut ini. Namun, apa sahaja boleh berlaku. Apapun keputusannya pada Mac depan, diharapkan ianya dapat membentuk Wanita UMNO baru yang lebih kuat dan ampuh memperjuangkan nasib dan masa depan umat Melayu secara keseluruhannya.

- Addey - Alumni Debat Malaysia (Bekas Pendebat Utama UNIMAS)

....................................................................................................

Addey merupakan Alumni Debat UNIMAS yang sememangnya seorang pendebat yang cekal di zamannya. Memperoleh pengiktirafan khususnya di UNIMAS atas kesungguhannya di dalam memperbaiki mutu debat UNIMAS dari masa ke semasa. Pelbagai usaha dijalankan bagi mempergiatkan program bagi memantapkan pasukan UNIMAS. Jasa beliau sebagai nadi penggerak semangat pendebat muda di zamannya pasti dikenang. Saya sendiri melihat beliau sebagai pendebat yang berpotensi yang pastinya bersedia menabur bakti untuk mana-mana pasukan debat yang memerlukan nasihat beliau. Diharapkan beliau akan sentiasa maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahaa, its fastidious discussion on the topic of this paragraph at this place at this webpage, I have read all that, so
now me also commenting here.
My web-site ... amphora tobacco

Tanpa Nama berkata...

Hi there just wanted to give you a quick heads up. The words in your content seem to be running off the screen in Internet explorer.
I'm not sure if this is a format issue or something to do with internet browser compatibility but I figured I'd post to let you know.
The design look great though! Hope you get the issue solved soon.
Many thanks
Take a look at my homepage ... amber leaf

Tanpa Nama berkata...

I've learn several excellent stuff here. Certainly price bookmarking for revisiting. I wonder how so much attempt you set to create this kind of magnificent informative website.
Feel free to visit my weblog - laser tattoo removal

Tanpa Nama berkata...

Hey there! Would you mind if I share your blog
with my facebook group? There's a lot of people that I think would really enjoy your content. Please let me know. Cheers
Also visit my web-site :: get rid of man boobs

Tanpa Nama berkata...

Its like you read my thoughts! You seem to grasp so much about
this, like you wrote the e-book in it or something.
I feel that you could do with a few percent to drive the message
home a bit, however instead of that, that is great blog.
A great read. I'll definitely be back.
My blog : acne myths

Tanpa Nama berkata...

With havin so much written content do you ever run
into any problems of plagorism or copyright violation?
My site has a lot of unique content I've either authored myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the web without my authorization. Do you know any techniques to help reduce content from being stolen? I'd genuinely appreciate it.
My page - acne relief

Tanpa Nama berkata...

Wow, that's what I was seeking for, what a material! present here at this weblog, thanks admin of this web page.
Feel free to surf my web blog :: acne scars home remedies

Tanpa Nama berkata...

I am really impressed with your writing abilities as smartly as with the layout for your blog.
Is that this a paid subject matter or did you customize it your self?
Either way keep up the nice high quality writing, it
is uncommon to see a great weblog like this one
these days..
Visit my weblog - tattoo removal

Tanpa Nama berkata...

Thanks for some other great article. The place else may anyone get that type
of information in such a perfect means of writing?
I've a presentation next week, and I'm on the look for such information.
Feel free to surf my web site : clinical professor