Jumaat, 18 Disember 2009

Habibah Rais Bakal Ambil Alih IOC?

17 Disember 2009, Seremban: Sensasi, mendebarkan! Itulah yang berlaku apabila terdengar khabar angin bahawa Pemilik Syarikat Bussaina Enterprise iaitu Puan Habibah Rais bakal mengambil alih Intellectual Orator Consultant (IOC) bagi tujuan penambahbaikan serta untuk peremajaan setiap tindakan dan program supaya lebih mantap di pasaran negara. Jika benar ini berlaku, Habibah akan mengambil alih sepenuhnya mulai tahun 2010. Dengan ini, Habibah dikatakan akan mengambil alih struktur pentadbiran daripada Nazaruddin Abas yang sekian lama menerajui IOC sejak tahun April 2004.
.
Dengan pasaran IOC yang sekian lama semakin meningkat permintaannya di seluruh negara tidak hairanlah, tindakan ini diambil. Ketika ditanya kepada Saudara Syamsul Amri bin Hj. Ismail iaitu salah seorang tenaga penggerak IOC yang baru sahaja dinaikkan taraf menjadi Eksekutif Bahagian Kajian Dasar IOC, beliau berkata ini merupakan senario biasa di dalam dunia perniagaan. Dan dengan berlaku pengambilalihan ini, ia diharapkan dapat menyuntik semangat baru kepada semua penggerak IOC selama ini agar dapat bergerak dengan lebih pantas dan menyaingi consultant-consultant yang lain di seluruh negara.
.
Ketika ditanya, selain daripada pengambilalihan ini, difahamkan bahawa, terdapat beberapa rombakan kecil di dalam IOC di mana Saudara Kamaruzzaman Yaacob yang begitu cemerlang di dalam setiap proram diletakkan sebagai Eksekutif Bahagian Latihan IOC. Manakala Saudara Md. Yusof Alias dikekalkan sebagai Eksekutif Bahagian Liason / Perhubungan. Saudara Abd. Halim Abu Bakar dan Saudara Jelani Rashik pula telah dilantik menjadi Eksekutif Bahagian Multimedia dan Siaraya IOC. Saudara Hanif Osman pula masih dikekalkan sebagai Eksekutif Perundingan Perundangan IOC.
.
Ketika ditanya tentang status Saudara Nazaruddin Abas, Syamsul menyatakan yang beliau kini agak sibuk dengan Syarikat Pest Control yang telah ditubuhkan sejak 2 tahun yang lalu.
.
Apa-apa pun EDITOR mengucapkan selamat maju jaya buat IOC, dan semoga dengan pengambilalihan ini akan membuatkab IOC lebih berjaya lagi. Syabas dan Tahniah juga buat Puan Habibah Rais seandainya pengambilalihan ini menjadi nyata!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: