Isnin, 7 Disember 2009

Seminar Pewaris Muda : Tajuk "Kepimpinan Diri" (Aktiviti)

Seminar Pewaris Muda : Tajuk "Kepimpinan Diri & Organisasi Masyarakat"
(Aktiviti Berkumpulan)
12.30 Tengahari / 5 Disember 2009
Perkarangan Letak Kereta Dewan Theatrette
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kundur
. Tali yang diikat yang telah siap sedia untuk digunakan bagi aktiviti selanjutnya
Peserta-peserta diberikan taklimat ringkas terlebih dahulu
Saudara Kamarul memberikan taklimat ringkas
Bola golf yang ditunjukkan ini hendaklah dibawa dari tempat bermula hingga ke destinasinya dengan hanya menggunakan empat tali yang telah disediakan
Semua peserta mula melihat ke arah tali masing-masing. Hanya seorang sahaja dibenarkan memegang di setiap penghujung tali
Ahli kumpulan sudah mula mengambil tali dan memikirkan caranya untuk membawa bola golf tadi
Laa.. nak berposing jugak lagi time ni!!
Sementara peserta-peserta berbincang, kelihatan Saudara Kamarul dan Syamsul berbincang sesuatu
Pelbagai gaya dan taktik yang dibincangkan bagi mencapai hasil terbaik
Masing-masing mencuba pelbagai kaedah sebelum melaksanakannya
Ada yang meregangkan dan ada yang menyimpulkan....
Walaupun penat berfikir, wajah peserta tetap riang dan gembira
Ada juga yang penuh dengan wajah kritikal dan risau...
Kumpulan ini kelihatannya seperti sudah yakin dan bersedia nampaknya...
Kumpulan ini pula masih ada perkara yang perlu diperbetulkan...
Pergerakan telah pun bermula.....
Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan ke dalam kasut ahli kumpulan yang telah dipilih tanpa menjatuhkannya di sepanjang perjalanan
Ada juga kumpulan yang sangat berhati-hati sehingga menyebabkan lewat tiba ke destinasi
Ada juga yang masih belum selesai dengan teknikal talinya
Wakil setiap kumpulan menanti di destinasi masing-masing
Saudara Syamsul menghuraikan tentang maksud di sebalik aktiviti yang dijalankan. "Betapa bola golf itu berupa amanah. Dan setiap pemimpin juga diberikan amanah. Bagaimanakah kita menjaga amanah bagi memastikan ia mencapai matlamatnya? Itulah yang kita lakukan pada hari ini"
Keseluruhan peserta leka mendengar penjelasan Saudara Syamsul
Ada juga yang ketawa dengan penerangan yang diselitkan dengan unsur humor
Tali-tali dikumpulkan semula setelah aktiviti selesai
Masih lagi leka mendengar penerangan Saudara Syamsul
Saudara Syamsul mengingatkan semua agar tidak mengambil ringan akan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada semua. Setiap yang kita lakukan sebagai pemimpin pasti akan ada kesannya, samada kesan baik mahupun buruk.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: