Ahad, 11 Julai 2010

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar anjuran BAKI MPS

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar 2010
10 Julai 2010
Bilik Sungai Ujong, Dewan MPS
anjuran
Badan Kebajikan Islam (BAKI)
Majlis Perbandaran Seremban
.
Pada 10 Julai 2010 telah berlangsungnya satu program motivasi kecemerlangan pelajar yang telah dianjurkan oleh pihak BAKI MPS. Program tahunan ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Program sehari ini telah bermula sejak jam 8.30 pagi hinggalah ke waktu tengahari sehinggalah bersambung pada waktu petang pada jam 2.30 petang.
.
Pada sebelah pagi telah berlangsung dua slot membabitkan dua orang penceramah.
.
Di sebelah petangnya, Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah diundang menyampaikan ceramah bertajuk "Disiplin Inspirasi Kejayaan". Ceramah ini telah disampaikan sehingga ke jam 4.30 petang. Ceramah telah disampaikan kepada kira-kira 70 peserta yang terdiri daripada pelajar berumur 10 hingga 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan. Majlis ini telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Tuan Hj Ismail Ahmad, Yang DiPertua, Badan Kebajikan Islam MPS (BAKI) yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman MPS.
.
Tahniah diucapkan kepada pihak BAKI di atas inisiatif melaksanakan program ini, dan adalah diharapkan agar usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
.
Para pelajar mendengar ceramah disampaikan
Pelajar adakalanya kelihatan tertawa dengan contoh mencuit hati yang disampaikan
Suasana cukup meriah di dalam dewan
Setiap tips-tips penting dicatatkan di dalam nota
Para pelajar benar seronok di dalam slot ini
Pelajar menumpukan perhatian penuh di dalam slot ini
Saudara Syamsul menggayakan penerangan berkaitan sesuatu
Suasana ceria berterusan di dalam slot ini

Walaupun dalam suasana riang, namun isi penting tidak pernah dilupakan
Setiap penerangan diambil perhatian oleh setiap peserta
Tuan Hj Ismail Ahmad, Yang DiPertua BAKI ketika menyampaikan ucapan alu-aluan
Tuan Hj Ismail menyampaikan sijil penyertaan
Saudara Syamsul di hadapan dewan



Saudara Syamsul menerima cenderahati daripada pihak BAKI MPS
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: