Rabu, 30 Mac 2011

Debat Institut Integriti Malaysia (IIM) di UUM

Kenangan Debat IIM

.

Oleh: Muhammad Mustakim Ramli

.

Gambar Oleh: Hairul Nizam Zahari .

MMU JUARA DEBAT PERDANA INTEGRITI ANTARA IPT 2011

.

UUM ONLINE: Universiti Multimedia (MMU) muncul juara Pertandingan Debat Perdana Integriti Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011, selepas menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

.

Kejayaan MMU yang diwakili Myer Iyenmen Yusof, Muhammad Rafiq Akmal Mohd Daud, Muhammad Nazwan Kamal Din dan peserta simpanan, Mohamad Fuad Ahmad, membolehkan mereka membawa pulang RM6,000 beserta piala.

.

Manakala, USIM selaku Naib Johan pertandingan pula membawa pulang RM4,000 dan piala, turut memenangi hadiah Pasukan Tebaik Liga Pusingan Awal. Universiti itu diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd Ikwan Mohd Roseli, Abddullah Long dan Muhammad Irhammudin Ibrahim selaku peserta simpanan.

.

Sementara itu, Mohd Ikwan Mohd Roseli peserta daripada USIM dinobatkan selaku Pendebat Terbaik yang merangkul piala beserta wang tunai RM1,000.

.

Selain itu, Myer Iyenmen Yusof daripada MMU, Muhammad Badri Isha daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Khaizaidi daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Muhammad Kasyfulazim Shahilan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Muhd Daniel Baharuddin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenangi hadiah Lima Pendebat Terbaik Liga Pusingan Awal.

.

Perasmian penutupan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah.

.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

.

Pertandingan yang berlangsung 17 hingga 20 Mac lalu disertai oleh 30 pasukan termasuk IPT Awam, Swasta dan juga Institut Pendidikan Perguruan (IPG).

.

Pertandingan anjuran Institut Integriti Malaysia dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia ini, bertujuan mempromosi serta membudayakan etika dan integriti di kalangan warga kampus dalam usaha mengukuhkan integriti di kalangan mahasisiwa.

.

Habis.

.

.

.

AM.Fairus

Tiada ulasan: