Ahad, 13 Mac 2011

Kehebatan Yahudi???

Assalamua'alaikum.
.
Pada edisi kali ini saya suka untuk bercerita tentang orang-orang yahudi yang sememangnya kita tahu kejam dan zalim. Tajuk yang saya berikan pun nampak semacam saya menyanjung tinggi orang-orang yahudi, tetapi sebenarnya saya tertanya-tanya dalam hati "mengapa Allah jadikan Yahudi ini kalau sekadar untuk membawa kesengsesaraan di dunia sahaja", ,aka kita perlu melihat lihat dari sudut pandang yang berbeza dimana sebenarnya ada bahagian yang positif pada orang-orang Israel yang boleh kita gunakan untuk memajukan bangsa kita tertamanya umat Islam.
.
Maka saya sebagai pelajar sains makanan (BSc (Hon) Food Biotechnology), saya suka melihat dan mengkaji tabiat pemakanan orang-orang yahudi dan budaya mereka yang menjadikan mereka antara bangsa yang terbijak dan terhebat buat masa ini. Kita sememangnya mengetahui yang orang-orang Yahudi ini hebat dalam pelbagai bidang sains ,teknologi , ekonomi serta perniagaan. Dimana menurut American Central Bureau Of Statistics menyatakan sebanyak 70% perniagaan didunia ini Dikuasai Oleh orang-orang Israel.
.
Kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama, Orang-orang yahudi percaya yang amalan tersebut adalah untuk anak dalam kandungan yang boleh membuatkan minda anak mereka terangsang dengan amalan tersebut.
.
Sang ibu tadi tanpa merasa jenuh membuat latihan matematik sehingga mereka melahirkan anak mereka. Selain itu sejak awal mengandung lagi sang ibu gemar memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu yang sememangnya merupakan makanan minda , manakala untuk tengah hari pula menu utama adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut orang-orang Yahudi, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
.
Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Kajian saintifik sememangnya menyokong pendapat tersebut. Hal ini kerana minyak ikan dan kekacang sememangnya mengandungi DECAHEXANOIC ACID atau lebih dikenali sebagai DHA yang selalu disebut-sebut dalam iklan susu bayi di televisyen yang membantu perkembangan otak manusia semasa dalam kandungan dan semasa dalam proses tumbesaran. Amalan ini berterusan sehingga anak tersebut lahir dan hidup di muka bumi.
.
Seterusnya kita lihat kanak-kanak tadika mereka. Pemakanan anak-anak mereka cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan . Buktinya hari ini tatkala kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.
.
Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Kajian saintifik menunjukkan gegaran musik dapat merangsang otak manusia (semacam senaman untuk otak) oleh itu tidak hairanlah ramai pemuzik-pemuzik terhebat dunia adalah berbangsa Yahudi. Amalan pemakanan ini dipraktikkan dari cil sehingga mereka dewasa.
.
Selain itu di Israel, merokok adalah taboo. Andai kata kita diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, kerana orang-orang Yahudi tanpa malu mereka akan menyuruh Kita keluar dari rumah mereka danmereka menyuruh kita merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.
.
Saya yakin setelah anda membaca artikel saya ini anda semua sudah berazam untuk menukar tabiat pemakanan anda yang dahulunya suka memakan makanan segera ditambah pula pelbagai jenis makanan segera dijual di luar sana. Sama la juga macam saya yang tinggal dan belajar di Nilai yang sememangnya mempunyai kesemua jenis restoran makanan segera yang ada di pasaran malaysia.
.
.
.
Disediakan oleh :
.
.
Irhammudin
Pendebat Bahasa Melayu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
.
.
Sumber Rujukan :
.

Tiada ulasan: