Ahad, 13 Mac 2011

Seminar Debat di UNISZA & UMT

26 Februari 2011, Terengganu : Pada 25 dan 26 Februari 2011 telah berlangsungnya Seminar Motivasi dan Debat khusus buat pendebat-pendebat Bahasa Melayu kedua-dua Universiti utama di Terengganu ini.
.
Seminar ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Sdr Syamsul telah memulakan Semianr di UNISZA pada 25 Februari 2011 dan UMT pula pada 26 Februari 2011.
.
Pendekatan Sdr Syamsul difokuskan kepada pendebat-pendebat baru kedua-dua universiti supaya mereka yakin bahawa mereka juga mampu memberi saingan kepada lawan mereka dari universiti lain.
.
Sdr Syamsul berada di Terengganu selama dua hari dan turut ditemani oleh keluarga beliau yang turut sama mengambil kesempatan ini untuk bercuti di sana.
.
Dian salah seorang pendebat UNISZA
Sdr Syamsul bergambar bersama peserta seminar yang merupakan pendebat-pendebat UNISZA
Bergambar bersama Kamalia (Pendebat UMT) (empat dari kiri)ketika menghantar Sdr Syamsul pulang di Lapangan Terbang Sultan Ismail
Bergambar bersama pendebat UNISZA yang turut menghantar Sdr Syamsul pulang
Para pendebat UNISZA berkesempatan bergambar bersama Dynaz yang kebetulan berada di Lapangan Terbang
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: