13 Januari 2012, Seremban : Satu ceramah motivasi pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi. Ceramah tersebut melibatkan kesemua pelajar-pelajar tahun 5 di sekolah berkenaan. Dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" ceramah tersebut telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Ceramah tersebut berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Ceramah tersebut bertujuan merangsang semangat serta keinginan pelajar agar rajin dan berusaha ke arah mencapai kejayaan di dalam akademik dan seterusnya mengubah kehidupan diri dan keluarga menjadi lebih baik di masa hadapan.
Tahniah diucapkan buat guru-guru di atas usaha dan inisiatif merealisasikan program yang sangat bermanfaat ini.
Cikgu Rashid ketika menyampaikan pesanan kepada para pelajar
Pelbagai nasihat dan pesanan disampaikan
Para pelajar leka ketika mendengar ceramah yang disampaikan
Sdr Syamsul ketika menerima cenderahati daripada Cikgu Raili selaku wakil pihak SK Taman Seri PagiDisediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan