Pada 20 Januari 2012 telah berlangsungnya perjumpaan khas YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional & Timbalan Presiden UMNO bersama Penceramah Penerangan UMNO Malaysia.
Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Seri Endon, Aras 23, Bangunan UMNO, PWTC, Kuala Lumpur. Kira-kira lebih 100 orang penceramah yang telah dijemput hadir dari seluruh pelusuk tanahair.
Program ini telah dimulakan dengan ceramah khas oleh YB Dato' Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Antara lain beliau mengupas persoalan serta isu-isu semasa politik tanahair menurut persepsi beliau.
Program kemudiannya bersambung dengan ucapan alu-aluan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan Barisan Nasional.
Jam 11.00 pagi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyampaikan amanat dan pesanan kepada kesemua penceramah yang hadir. Beliau menyampaikan pelbagai amanat dan pesanan serta nasihat agar berceramah berdasarkan fakta dan menganggap ceramah ini merupakan satu medan perjuangan demi memastikan kejayaan Barisan Nasional di dalam pilihanraya yang akan datang.
Turut hadir sama di dalam program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Penceramah Penerangan UMNO Malaysia.
Program kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan tengahari TPM bersama kesemua penceramah di Aras 39, PWTC.
Berikut dikongsikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung.
Tn Hj Nasiruddin Jantan bertindak selaku pengerusi majlis
Dewan Seri Endon yang dipenuhi penceramah
Tn Hj Nasiruddin mempersilakan YB Dato' Zulkifli Noordin menyampaikan ceramahnya
YB Datuk Zulkifli ketika menyampaikan ceramah
Dari kiri; Zulkifli, Ahmad Maslan, Muhyddin dan Tengku Adnan
Datuk Zainal Abidin Sakom membacakan doa selamat tanda pembukaan acara kemuncak
YB Datuk Ahmad Maslan menyampaikan ucapan alu-aluan
Tan Sri Muhyiddin ketika menyampaikan amanat dan pesanan



Disediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan