Ahad, 8 Januari 2012

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Seri Ampangan

9 Januari 2012, Seremban : Satu ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan. Ceramah telah berlangsung di Dewan Al-Fathanah, SMK Seri Ampangan. Ceramah disampaikan di hadapan kira-kira 350 orang Pelajar Tingkatan 4 yang baru sahaja mendaftarkan diri dan bakal memilih subjek-subjek elektif pada hari yang sama.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dengan tajuk "Membentuk Kecemerlangan Pelajar : Formula Pelajar Berjaya". Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Ceramah yang mendapat sambutan hangat ini telah turut dihadiri oleh En Faizal, Kaunselor di SMK Seri Ampangan.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha yang dijayakan oleh pihak sekolah demi kecemerlangan para pelajar SMK Seri Ampangan ini. Menerusi ruangan ini juga EDITOR ingin berkongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, saye pelajar smk seri ampangan 2013 form 4, Bile encik nak masukkan gambar pelajar form 4 2013...update la