Khamis, 25 April 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" untuk JKR Melaka - Hari Pertama


25 April 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka.

Program ini telah berlangsung di Hotel Queenspark, Melaka Raya. Program ceramah ini telah dihadiri kira-kira lebih 40 orang peserta.

Penceramah undangan pada program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda" dan "Dilema Ombak Rindu".

Ceramah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang. Program ini berlangsung selama dua hari di mana pada hari kedua (iaitu pada 26 April 2013) akan dihadiri oleh kakitangan yang lain pula

Berikutnya, dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program ini dijalankan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: