Isnin, 15 April 2013

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Kg. Sega Hulu, Rantau

14 April 2013, Rantau : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Balai Raya Kampung Sega Hulu, Rantau. Program tersebut telah diadakan bagi memberi penjelasan serta kupasan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal dalam negara kepada semua.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam. 

Turut hadir sama ke program ini adalah Tuan Shamsudin Kamis dan Tuan Shabli, Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.

 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: