Isnin, 29 April 2013

Mesyuarat JK Penyelaras Aktiviti ADAM 2013

26 April 2013, Kuala Lumpur : Satu Mesyuarat JK Penyelaras Aktiviti ADAM 2013 telah diadakan bertempat di Restoran Cosy Place, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan bagi tahun 2013 ini termasuklah program Debat Saham yang bakal berlangsung di Johor Baharu pada 17 hingga 19 Mei 2013 ini. 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden ADAM. Turut hadir ke program ini adalah beberapa orang ahli Jawatankuasa Perundingan Tertinggi (JPT) ADAM. Antaranya Fatmah Faisol (Setiausaha ADAM/JPT), Sdr Hidayat Sauffi (JPT), Sdr Faizal Koerdy (JPT), Sdr Johari (JPT) dan Sdri Nadura Kamarulzaman (Pengerusi ADAM Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Dengan ini EDITOR sentiasa mendoakan agar setiap perancangan yang disusun dapat dilaksanakan serta membawa manfaat kepada semua, insya Allah.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: