Selasa, 9 April 2013
Politeknik Kuching Juara Debat Politeknik Malaysia 2013 !!!
7 April 2013, Kuala Terengganu : Pasukan Politeknik Kuching telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat pada Program Karnival Debat dan Pidato Perdana Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi 2013. Politeknik Kuching telah diisytiharkan sebagai juara selepas menumpaskan pasukan Politeknik Kota Kinabalu di Pertandingan Akhir.
Pertemuan kedua-dua pasukan dari borneo ini sememangnya telah dijangka dengan kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sedari pusingan awal lagi.
Pertandingan Debat ini telah disertai oleh 32 Politeknik di seluruh Malaysia bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke pertandingan debat IPT seleuruh Malaysia di masa akan datang. Program Karnival ini adalah kali pertama seumpamanya diadakan dengan Politeknik Kuala Terengganu dan Politeknik Hulu Terengganu telah dipilih menjadi tuan rumah buat edisi pertama pertandingan ini.
Paling signifikan, program ini telah mendapat bantuan teknikal penghakiman serta penganjuran daripada pihak Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) selaku penganjur bersama di dalam program ini.
Pertandingan akhir telah dirasmikan oleh En Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menurut En. Wan Zulkifly beliau menyarankan agar kerjasama dengan pihak ADAM ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi kemahiran pelajar di dalam arena orator yang menggalakkan pemikiran kritis dan matang serta mampu mengupas isu-isu di dalam dan luar negara dengan lebih bijak.
Turut hadir di pertandingan akhir ini adalah Puan Hjh Radhiah binti Che Su, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu dan juga yang paling penting Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga telah melapangkan masa sejak pagi hinggalah ke pertandingan akhir.
Presiden ADAM ketika ditanya beliau menyatakan... "Saya sangat berpuashati dengan usaha serta komitmen yang ditunjukkan oleh pihak Jawatankuasa Perundingan Tertinggi (JPT) ADAM yang telah menggembleng usaha bagi menjayakan program seperti ini. Apresiasi buat Norhalis iaitu salah seorang JPT ADAM yang telah melaksanakan tugas selaku Ketua Hakim dengan cemerlang dengan dibantu barisan JPT ADAM yang lain yang berkesempatan hadir membantu menjayakan program Debat ini".
Ketika ditanya tentang prestasi pula, beliau berpandangan.. "Sewajarnya pujian kita berikan kepada pasukan-pasukan yang bertanding kerana sebahagian besar daripada pendebat yang menyertai pertandingan edisi pertama ini merupakan pelajar-pelajar tahun pertama, dan walaupun demikian mereka beraksi cemerlang. Namun, tidaklah dapat saya menafikan yang mereka ini mempunyai potensi besar.. meskipun demikian mereka masih punya banyak ruang untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi dan ADAM dengan ini menyatakan kesediaan serta komitmen untuk sentiasa membantu menjayakan hasrat membangunkan bakat bakat di dalam Pidato dan Debat".
Ditanya tentang aktiviti terkini ADAM, menurut beliau ADAM juga telah dilantik menjadi rakan strategik bagi penganjuran Pertandingan Debat Saham di Malaysia Investment & Stocks Exchange Expo (MISEE) 2013 yang akan dilangsungkan di Persada Johor, Johor Baharu, Johor Darul Takzim. Pertandingan ini bakal berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2013 dengan Politeknik telah mengesahkan akan menghantar tiga pasukan ke sana. Program ini merupakan program anjuran Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) yang diterajui oleh Presiden nya iaitu Sdr Norizam Sukiman.
Dalam tempoh sebulan dari hari ini juga ADAM akan mengadakan Mesyuarat Agongnya dan diberitakan pihak ADAM mengalu-alukan kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan undangan perundingan serta perbincangan mengenai penyelarasan alumni di seluruh negara sebelum pihak ADAM mengumumkan tarikh Mesyuarat Agong.
Dengan kapasiti ahli-ahli ADAM yang disertai oleh pelbagai kriteria serta latarbelakang profesional ADAM yakin akan terus mengorak langkah dengan lebih jauh lagi.
Aapa pun sekalung tahniah buat Politeknik di atas kejayaan penganjuran pertandingan yang hebat dan meriah ini, dan EDITOR mendoakan kejayaan Politeknik akan terus dilakar di dalam arena Pidato dan Perdebatan negara, mudah-mudahan.
Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang Program Karnival Debat & Pidato Perdana yang telah diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu tempohari.
Suasana di Pentas Akhir
Sdr Zhafrie salah seorang JPT ADAM bertindak selaku Yang DiPertua Dewan
Di antara yang hadir....
Pn Hjh Radhiah Che Su menyampaikan ucapan alu-aluan
Presiden ADAM di kerusi VIP berbincang sesuatu dengan En Wan Zulkifly selaku wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
En Wan Zulkifly menyampaikan ucapan perasmian
Penyampaian cenderahati kepada para hakim
Penyampaian hadiah kepada para peserta
Pemenang Tempat Ketiga
Sdr Norhalis selaku Ketua Hakim tampil ke atas pentas bagi mengumumkan keputusan pertandingan akhir
Ketua Pembangkang dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir
Pasukan Politeknik Kuching yang diisytiharkan sebabagai Juara kali Pertama!
Politeknik Kota Kinabalu selaku Naib Johan
Kesemua pemenang merakamkan gambar bersama...
Barisan hakim bergambar bersama Presiden ADAM.
Dari kiri; Norhalis, Syamsul (Presiden ADAM), Ahmad Fakhri, Firdaus dan Che Khairul Azhan
Sdr Syamsul bergambar bersama Che Khairul Azhan. Che Khairul Azhan merupakan insan yang bertanggungjawab membawa Syamsul ke dunia perdebatan ini...
Sdr Presiden bergambar di kafe sebaik sahaja selesai jamuan minum petang
Presiden ADAM bergambar bersama urusetia dan Ketua Hakim Pertandingan
Sebelum pulang Presiden ADAM sempat menyinggah tempat wajibnya di Kuala Terengganu iaitu... Restoran Gelas Besar di Seberang Takir
Selesai menikmati keropok lekor, laksam dan air Laici gelas besar!!!
Sdr Ikhwan (Juara Pidato Antarabangsa & Pendebat USIM) dan Sdr Hamizan (Pendebat USIM) yang turut sama menemankan Presiden ADAM sebelum Presiden ADAM berangkat pulang ke Kuala Lumpur
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan