Khamis, 4 Julai 2013

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Pasoh 2

3 Julai 2013, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Program ceramah ini telah berlangsung di Surau SMK Pasoh 2 dan berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pelajar Berjaya Menjana Masa Hadapan Gemilang".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Unknown berkata...

askum..Time kasih kerana sudi mmbr ceramah motivasi dkt sekolh smk pasoh2 yg tidak bbrp ramai...kami akn mmfaatkn sgla nasiht dn tip yg diberikn amin...

Unknown berkata...

Alhamdulillah...terima kasih sudi hadir di sek kami yg tak seberapa. Byk tips yg kami dpt dan insyaalah akan dimanfaatkan utk kebaikan bersama.