Selasa, 31 Disember 2013

Ceramah Motivasi Belia Negeri Selangor

20 Disember 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi Belia telah diadakan bertempat di Hotel Hang Tuah World Heritage, Melaka. Program ini berlangsung khusus buat para belia dari seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah selama 3 hari 2 malam dengan setiap tajuk dikaitkan dengan unsur kepimpinan serta keyakinan diri para belia.

Berikutnya dikongsikan rangkuman gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah selama 3 hari dan 2 malam tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: