Selasa, 31 Disember 2013

Ceramah Motivasi Integriti Jab. Akauntan Negara Malaysia

13 Disember 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Integriti telah dianjurkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sembilan (JANMNS) dan diadakan bertempat di Dewan Auditorium D'Sury,  Seremban. Program ini berlangsung khusus buat para pegawai dan kakitangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Bersihkan Diri Sucikan Hati: Amalan 1AG".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: