Selasa, 31 Disember 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di KADA

8 Disember 2013, Kelantan : Satu Program Ceramah Motivasi Pekerja telah diadakan bertempat di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kota Bharu, Kelantan. Program ini berlangsung khusus buat para pegawai dan kakitangan KADA Kelantan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh: EDITOR

Tiada ulasan: