Ahad, 29 Disember 2013

Ceramah Motivasi Pelajar Kolej MARA Banting

29 November 2013, Banting : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bersempena dengan Kursus Tamat Latihan Kadet Pertahanan Awam Malaysia, Kolej MARA Banting. Program ceramah ini telah disampaikan dihadapan kira-kira 300 orang pelajar tahun pertama Kolej MARA Banting.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: