Rabu, 22 Oktober 2014

Ceramah Motivasi "Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang" di UiTM Seremban 3

20 Oktober 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Program ini telah berlangsung di Pusat Islam Tuan Hj Mohd Said, UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban di Seremban 3.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Alumni UiTM. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: