Khamis, 30 Oktober 2014

Ceramah Sambutan Ma'al Hijrah di Surau Kg. Baru, Rompin

30 Oktober 2014, Jempol : Satu Program Ceramah bersempena dengan Sambutan Ma'al Hijrah 1436 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Kampung Baru Rompin, Jempol, Negeri Sembilan. Program ceramah ini telah berlangsung selepas Solat Isya' mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.30 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Hijrah Diri Ke Arah Kehidupan Lebih Bersyari'at".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.





Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: