Khamis, 16 Oktober 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Felcra Rompin, Jempol

15 Oktober 2014, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi bersempena dengan Program Membara "Jalinan Wanita" telah dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jempol bertempat di Balai Raya, Kampung Felcra Rompin, Jempol. Program ini melibatkan program ceramah kekeluargaan serta pemeriksaan kesihatan oleh pihak Klinik Kesihatan Bahau.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Diri Dinilai Keluarga Dibelai".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.

 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: