Rabu, 22 Oktober 2014

Ceramah Motivasi Keusahawanan di MD Kerian (MDK) Parit Buntar

20 Oktober 2014, Parit Buntar : Satu Program Ceramah Motivasi Keusahawanan telah diadakan bersempena dengan Program Local Agenda 21 (LA21). Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Ekonomi LA21 Majlis Daerah Kerian (MDK). Program ini telah berlangsung di Dewan Seri Kerian, Majlis Daerah Kerian (MDK), Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: