Khamis, 11 Disember 2014

Ceramah Motivasi "Anak Anugerah Allah" di PDK Nilai

11 Disember 2014, Nilai : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bersempena dengan Majlis Graduasi Pelatih OKU Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kawasan Nilai. Program ini telah diadakan bertempat di Perkarangan Bangunan PDK Nilai, Pekan Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, "Anak Adalah Anugerah Dari Allah".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: