Selasa, 9 Disember 2014

Pertandingan Akhir Debat Kesihatan 2014 di UKM KL

7 Disember 2014, Kuala Lumpur : Pertandingan Akhir Debat Kesihatan 2014 telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur. Pertandingan Akhir telah menemukan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertemu dengan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Usul yang diperdebatkan di Pertandingan Akhir ini adalah "Rumah Pelacuran Terkawal Mampu Membendung Sexual Transmitted Disease (STD)". Seramai lima orang hakim telah dipilih untuk mengadili pertandingan akhir ini dengan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah bertindak selaku Ketua Hakim.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: