Isnin, 22 Disember 2014

Ceramah Motivasi Kemasyarakatan di Kg Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka

21 Disember 2014, Masjid Tanah, MELAKA : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan & Kemasyarakatan telah dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka. Program ini telah berlangsung selepas Solat Isya' hingga ke jam 10.30 malam. Program ini telah menampilkan pelakon serta pelawak terkenal tanahair iaitu Sdr Ebby Yus yang bertindak selaku Moderator bagi program ini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Antara Keringat dan Air Mata" di mana, di dalam kupasan beliau, beliau telah mengaitkan tajuk dengan persoalan kehidupan kekeluargaan serta kemasyarakatan semasa yang kian mengancam norma kehidupan masyarakat dewasa ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: