Isnin, 15 Disember 2014

Ceramah Motivasi Kem Remaja Muslim di Felda Titi


13 Disember 2014, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Remaja telah diadakan bersempena dengan "Program Kem Remaja Muslim". Program ini telah diadakan bertempat di Masjid Undang Musa Al-Haj, Felda Titi, Kuala Klawang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kecemerlangan Masa Hadapan Remaja : Dunia dan Akhirat". Beliau telah berkongsi pelbagai Tips-Tips serta Penduan berkaitan Adab serta Tatasusila sebagai remaja Muslim.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: