Sabtu, 16 Mei 2015

Ceramah Israk Mikraj 1436 Hijrah di Masjid Kg Bukit Lintang, Talang


15 Mei 2015, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Israk Mikraj 1436 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Kampung Bukit Lintang, Talang, Kuala Pilah. Program ini bermula selepas Solat Maghrib hingga ke jam 9.30 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Pengajaran Di Sebalik Kisah Perjalanan Nabi SAW Dalam Peristiwa Israk dan Mikraj".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: