Rabu, 27 Mei 2015

Perutusan Presiden ADAM : Pemergian Che Khairul Azli, Kehilangan Besar Permata Debat Negara!!!




PERUTUSAN KHAS 
PRESIDEN ADAM
10.00 Pagi
28 Mei 2015
Bersempena Pemergian Che Khairul Azli Che Ahmad ke Rahmatullah

Lebih kurang Jam 10.40 Pagi 27 Mei 2015... kembalinya seorang sahabat ke pangkuan Ilahi... setelah beberapa ketika memerangi kesakitan.. dengan semangat juangnya... akhirnya salah seorang Lagenda Debat Tanahair pergi meninggalkan kita semua... namun legasinya tidak akan kita lupakan...

Beliaulah Allahyarham Che Khairul Azli bin Che Ahmad... seorang Pendebat Hebat, Pemidato Hebat dan salah seorang Ikon dalam Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)...

Saya ... secara peribadi... amat terasa akan kehilangan Allahyarham... masakan tidak...

1. Beliau ada ketika kemunculan sulung saya dalam dunia Debat di Shah Alam ketika mewakili UiTM Melaka

2. Beliau ada ketika saya berjuang mewakili team senior UiTM Shah dalam Royal Debate 2002

3. Beliau ada ketika saya berjuang dalam Debat ASTAR pertama saya pada tahun 2000 malahan membenar saya mendiami rumah sewanya di Kampung Baru KL....

4. Beliau pernah membawa saya menaiki LRT kali pertama secara percuma kerana pada ketika itu beliau menjadi Pegawai di syarikat berkenaan...
5. Beliau banyak menjadi mentor ketika pertandingan Debat..

6. Banyak memberi nasihat ketika sama sama duduk dalam team Negeri Sembilan sewatu menjuarai Debat Kenegaraan Negeri Sembilan, Johan Zon Selatan kalahkan KL dan Johor, dan ketika menjadi Johan Kebangsaan
7. Beliau sanggup memandu dari Kelantan hingga ke Nilai membantu saya menjadi Juri Pertandingan Pidato Alam Sekitar LA21 Tahun 2011

8. Beliau sanggup turun dari Kelantan ke Hotel Hang Tuah World Heritage Hotel bagi membantu menjadi Juri Pertandingan Debat Antara Politeknik seluruh Malaysia 

9. Beliau sentiasa membimbing... beliaulah Guru, beliaulah Mentor, beliaulah Abang, dan beliaulah sahabat baik yang saya kenali menerusi adiknya yang juga sahabat baik saya... Che Khairul Azhan Che Ahmad...

Wahai sekalian sahabat.. serta sahabat sahabat setiakawan ADAM... bersama samalah kita berdoa agar Roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan bertaqwa...
Sesungguhnya Allah Taala lebih menyayangi beliau...

Saya juga mendoakan isteri beliau.. Anie Shams bersama anak anak dan seisi keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi dugaan ini...

Sesungguhnya Allahyarham seorang yang sangat baik, ceria dan mana mungkin kita semua boleh melupakan Allahyarham...

AL-FATIHAH

Sekian dan Wassalam

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia

Tiada ulasan: