Khamis, 14 Mei 2015

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di Hospital Banting


13 Mei 2015, Banting : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Modal Insan telah diadakan khusus buat Para Pegawai dan Kakitangan, Hospital Banting. Program ini telah berlangsung di Dewan Syarahan, Blok Kuliah, Hospital Banting, Selangor Darul Ehsan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rejuvenasi Minda Demi Kecemerlangan". Pelbagai tips serta panduan dikongsikan untuk tujuan pemantapan diri serta peningkatan kualiti dan mutu kerja di sepanjang program tersebut yang berlangsung selama sehari itu.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: