Isnin, 4 Mei 2015

Ceramah Motivasi Debat : "Training is A Campaign"


3 Mei 2015, Port Dickson : Satu Program Ceramah Pemantapan Pengucapan Awam (Debat dan Pidato) telah diadakan bersempena dengan Kem Pemantapan Pengucapan Awam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini telah berlangsung di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan di Port Dickson.

Di antara pengisian yang dibuat termasuklah Ceramah : "Training is A Campaign" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Jurulatih Pasukan Debat dan Pidato Bahasa Melayu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau menekankan kepentingan latihan dititikberatkan oleh para pendebat dan pemidato, kerana hanya dengan itu sahaja cara untuk semua pemidato dan mendebat mempertingkatkan gaya, mutu dan kualiti mereka di dalam arena Pidato dan Perdebatan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: