Isnin, 7 September 2015

Ceramah Motivasi Pelajar UPSR 2015 SK Sungai Burong


4 September 2015, Kuala Selangor : Satu Program Ceramah Motivasi UPSR 2015 telah diadakan bersempena dengan Program Restu Ibu Bapa. Program ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dengan turut dihadiri oleh ibu-bapa calon-calon UPSR 2015 SK Sungai Burong.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Motivasi pelajar CHAMPION UPSR 2015". Pelbagai tips-tips serta panduan telah dikongsikan bersama para pelajar dan ibubapa yang hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: