Khamis, 10 September 2015

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" Majlis Daerah Jempol (MDJ) di Bahau


9 September 2015, Bahau : Satu Program Ceramah bersempena dengan Program Seminar Rejuvenasi Minda telah dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Jempol. Program ini telah berlangsung di Hotel Garden View, Bahau. Program ini telah dihadiri kira-kira 50 orang Pegawai dan Kakitangan Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, "Rejuvenasi Minda : Pemantapan Pemahaman Undang-Undang dan Penguatkuasaan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: