Rabu, 16 September 2015

Majlis Suaikenal & Silaturrahim Group Whatsapp UMNO Bahagian Seremban


16 September 2015, Seremban : Satu Majlis Suaikenal dan Silaturrahim Whatsapp Group telah diadakan bertempat di Restoran Ruang Damai, Sikamat, Seremban. Program ini melibatkan ahli-ahli Group Whatsapp yang mana rata-rata ahlinya merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Seremban. Program ini telah dipengerusi oleh Penaung Group Whatsapp ini sendiri iaitu Tn Hj Abdul Alim Ibrahim

Majlis ini awalnya akan dirasmikan oleh YB Datuk Hj Abu Ubaidah bin Hj Mohd Redza, Ketua UMNO Bahagian Seremban merangkap ADUN Ampangan, namun disebabkan kesibukan persiapan beliau yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah, maka Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah dipelawa untuk menyampaikan kata-kata suntikan semangat buat sekelian yang hadir di dalam program ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: