Jumaat, 18 September 2015

Ceramah Perdana Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias di SMK Senawang (SEMSE)


17 September 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Perdana telah diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang (SEMSE). Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Besar SMK Senawang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Penceramah Popular yang tidak asing lagi iaitu, Al Fadhil Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang juga merupakan Ikon Popular menerusi Rancangan "Kalau Dah Jodoh" di Saluran Televisyen ASTRO. Beliau juga merupakan Pengasas kepada Pusat Pendidikan Al-Barakah di Kampung Manjoi, Perak Darul Ridzuan.

Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Pendidikan Anak-Anak Ke Arah Generasi Soleh dan Solehah". Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) pula telah bertindak selaku Pengacara Majlis di dalam program ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: