Rabu, 23 Mac 2016

Ceramah Motivasi Kem Remaja Berwawasan di Jelebu


23 Mac 2016, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bersempena dengan Program Kem Remaja Berwawasan yang berlangsung di Pusat Pemantapan Aqidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jelebu. Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dengan kerjasama daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seremban, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seremban serta beberapa orang Guru dari Sekolah-Sekolah yang terlibat yang mana bertindak selaku fasilitator di dalam program ini.

Para peserta yang menyertai program ini adalah pelajar yang datang dari sekolah-sekolah yang berada di bawah jajahan takluk pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang telah dikoordinasikan oleh Sdr Saiful Azuar bin Md Jadi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti, MPN.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda : Pelajar Cemerlang Menjana Masa Hadapan Gemilang". Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan bersama sekelian peserta yang hadir. 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: