Isnin, 21 Mac 2016

Ceramah Motivasi Pengukuhan Integriti Anjuran Unit Integriti SUK dan JAINS


14 Mac 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Integriti telah dianjurkan oleh pihak Unit Integriti Pejabat SUK Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). Program ini melibatkan lebih 200 orang pegawai dan kakitangan JAINS dan telah berlangsung di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengukuhan Integriti Penjawat Awam Dalam Cabaran Perkhidmatan Awam Masa Kini".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: