Isnin, 21 Mac 2016

Ceramah Motivasi Pasukan Bolasepak di De Cabin Village, Kg Batang Nyamor, Rembau


12 Mac 2016, Rembau : Satu Program Ceramah Motivasi Pembakar Semangat telah diadakan bersempena dengan layaknya pasukan KGBN FC ke Peringkat Separuh Akhir Bolasepak Piala YB DUN Rembau. Pasukan KGBN FC ini merupakan pasukan yang menggabungkan pasukan Kampung Kendong, Kampung Gadong dan Kampung Batang Nyamor.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Disiplin Diri dan Pasukan Demi Kejayaan Pasukan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: