Khamis, 31 Mac 2016

Ceramah Motivasi Pelajar di SMK Dato' Undang Rembau (SMKUR)



25 Mac 2016, Rembau : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di SMK Dato' Undang Rembau (SMKUR) Rembau atau dahulunya dikenali sebagai URESS. Program ceramah ini dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar SMKUR.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Ceramah ini diadakan khusus buat para Pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: