Sabtu, 14 Mei 2016

Ceramah Israk Mikraj 1437 Hijrah di Surau An-Nur, Panchor, Paroi, Seremban


14 Mei 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Israk dan Mikraj 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau An-Nur Jalan Mahsuri, Rumah Rakyat Panchor, Paroi. Program ini telah bermula selepas Solat Maghrib sehingga ke jam 9.30 malam. Tajuk yang telah disampaikan oleh Penceramah adalah "Hikmah Di Sebalik Peristiwa Israk dan Mikraj".

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan anak jati kampung berkenaan. Turut hadir sama ke program ini adalah Pn Hjh Hasnah Rais, ibunda kepada Sdr Syamsul serta beberapa adik beliau iaitu Sdr Syamsul Fadzly dan Sdr Syamsul Hafizi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: