Ahad, 29 Mei 2016

Ceramah Penghayatan Ramadhan di Kediaman Dato' Sri Mahadi BZ di Bandar Sunway, Petaling Jaya


29 Mei 2016, Petaling Jaya : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan dan Doa Selamat telah diadakan bersempena dengan keberangkatan pergi Dato' Sri Mahadi BZ dan Keluarga ke Tanah Suci Mekah bagi menjalani Ibadah Umrah. Program Ceramah ini telah berlangsung di Kediaman Dato' Sri Mahadi di Bayrocks Garden, Waterfront Villa, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah "Penghayatan Bulan Ramadhan Al-Mubarak". Sebaik sahaja selesai ceramah Sdr Syamsul telah memimpin bacaan doa bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dato' Sri Mahadi dan Keluarga semasa di Tanah Suci Mekah nanti.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: