Khamis, 12 Mei 2016

Ceramah Israk Mikraj 1437 Hijriyyah di Masjid Nur Salbiah, Selaru, Kuala Pilah


12 Mei 2016, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Israk Mikraj 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Nur Salbiah, Selaru, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 9.30 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengajaran dan Pengiktibaran Di Sebalik Peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: